Monday, April 13, 2009

YA! Melayu menolak PAS di Bukit Gantang! Ya! Tak puas hati lagikah?

Kaum Cina dan India telah menunjukkan bukti sokongannya di Bukit Gantang. Melayu? Hampir majoriti telah menunjukkan sokongan padu pada PAS di Malaysia, hanya segelintir sahaja yang masih lagi belum menyokong PAS khususnya Melayu di Bukit Gantang. Cikgu Wan Nik telah membuat artikel khusus bab tersebut, sila baca, Bukit Gantang: Orang Melayu tolak PAS.

Di mana silapnya PAS masih lagi belum diterima di Bukit Gantang oleh Melayu? Adakah melayu Bukit Gantang masih klasik dan penuh dengan tradisi?

Jika bercakap akan hal Bukit Gantang, kita terus kecilkan skop, kita tumpukan terus kawasan yang mempunyai majoriti Melayu, iaitu DUN Trong. Satu-satunya DUN yang paling kuat UMNO atas muka bumi Perak ini.

Saya tidak mahu melihatnya dari sudut kekuatan UMNO, akan tetapi mahu melihat, apakah kelemahan yang ada pada PAS di Bukit Gantang?.

Secara asasnya, kita lihat, adakah PAS di Bukit Gantang telah bersedia untuk pilihan raya yang penuh strategik?

1) Dari segi penubuhan cawangan, apakah cawangan di Bukit Gantang mencukupi untuk menampung setiap lokaliti?

2) Jika cawangan telah tertubuh, adakah cawangan tersebut hidup?

3) Jika cawangan itu hidup, apakah mereka ini tidak memainkan peranan untuk hapuskan budaya klasik dan tradisi yang terlampau?

4) Jika memainkan peranan, apakah program telah dibuat untuk menyedarkan rakyat setempat bahawa taksub klasik dan tradisi adalah menyalahi dari sudut akidah?

5) Jika program tersebut telah dibuat dan rakyat makin sedar, mengapakah dalam semakan daftar pemilih, hanya sedikit sahaja peningkatan pengundi baru, sedangkan ramai lagi rakyat di Bukit Gantang yang layak mengundi akan tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi?

Semoga analisis yang dikemukakan oleh Cikgu Wan Nik, menjadikan satu pedoman dan panduan untuk PAS Bukit Gantang, memperbaiki segala kelemahan yang wujud dan mencapai kegemilangan sekali lagi untuk pilihan raya masa akan datang.

Saya membaca entri di Penarik Beca, Mat Saman Kati dan lain-lain, menyatakan ketidakpuashatian akan hal telah berlaku, dari sudut kerjasama PAS Bukit Gantang dengan mereka dan apa yang mereka ramalkan sebelum ini telah berlaku cuma suara mereka tidak didengari.

Saya hanya mampu memberi nasihat, supaya 'bersabar', ia merupakan salah satu 'mehnah kecil' dalam PAS. Jika anda tidak mampu berhadapan dengan 'mehnah kecil' tersebut, anda tidak akan mampu untuk meneruskan hidup dalam perjuangan PAS. Anda akan berserta dengan operasi pembersihan. 'Operasi pembersihan' di dalam PAS dilakukan setiap masa, tanpa anda sedar.

Mungkin anda akan berkata, "hang bolehlah bersabar! aku yang tanggung semuanya, hang mana tahu..."

Mungkin saya tidak mengerti akan tetapi telah banyak pengalaman saya lalui, dan mungkin, ia lebih berat daripada anda lalui. Saya hanya berpegang dengan dasar PAS iaitu ISLAM, selagi dasar itu tidak digubal, saya masih lagi bersama-sama PAS, kerana,

"ISLAM tidak memerlukan anda, Andalah yang memerlukan ISLAM, jika tiada anda, Allah akan menggantikan orang lain untuk terus memperjuangkan ISLAM, setelah itu, andalah yang termasuk dengan golongan yang rugi di dunia dan di akhirat."

Melayu di Bukit Gantang bukan menolak PAS, akan tetapi masih belum menerima dan memahami perjuangan yang dibawa PAS. InsyAllah, makin dibincang dan semakin banyak persoalan telah terjawab. Semoga PAS Bukit Gantang khususnya dapat memperbaiki kelemahan yang ada, untuk mempermantapkan lagi jentera untuk menghadapi pilihan raya akan datang.


-

Thursday, April 9, 2009

Perak Kini & Bloggers Network Antara Faktor Kemenangan PR

Sejak 7 Mac lagi, saya berkampung di Bukit Gantang, dan pulang ke Kelantan pada 8 April, hampir sebulan lebih.

Namun, sebulan lebih itu berbaloi apabila PAS menang dalam PRK 059, dan seterusnya Ir Nizar tersenarai dalam ahli Parlimen. Tahniah Ir Nizar, dan takziah atas tanggungjawab tersebut. Saya yakin dan percaya Ir Nizar mampu memikulnya. Syabas!.

Sampai di Kelantan pada pukul 4 petang, semalam, sebak rasanya hati sebab lama tidak pulang, kesesakan jalanraya Kota Bharu menggamit semula. Kelantan sepatutnya sudah mula buat transit ringan seperti LRT. monorail dan lain-lain untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang begitu merungcing di KB.

Bila dengar dikir barat alunan Jen, kenangan di Bukit Gantang menerjah kembali, suka duka dan penat lelah menerjah kembali. InsyAllah, sampai masa kita jumpa lagi, mungkin, selepas pembubaran DUN Perak, tidak lama lagi.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah, penyertaan bloggers di Bukit Gantang secara terang-terangan adalah satu benda baru dalam Pilihan Raya. Dan, merupakan salah satu faktor yang memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Terima kasih kepada team Perak Kini dan Bloggers Network kerana bersusah-payah melaporkan berita terus menerus dari Bukit Gantang. Rakyat di Bukit Gantang, mendapat maklumat yang banyak hasil laporan kedua-dua team ini.

Saya? Saya hanya bloggers tumpangan di Perak, bukan rakyat jati Perak. Saya mewakili team Bloggers Kelantan. Untuk bersama-sama memberi laporan PRK 059 bersama-sama sahabat lain di Bloggers Kelantan.

Semoga usaha kalian tidak berhenti setakat PRK059, Pilihan Raya akan datang terus memberi laporan yang hangat dan terbaik demi menyedarkan rakyat.

Saya sebagai wakil dari Bloggers Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua team, Perak Kini dan Bloggers Network, kerana anda semua merupakan faktor tumbangnya UMNO & Barisan Nasional di kedua-dua Bukit, Bukit Gantang dan Selembau. Tahniah!

Saya akan jarang menulis di sini, melainkan ada isu yang betul-betul berkaitan dengan Perak. Saya kembali menulis di blog ini, ia merupakan blog rasmi saya.

Sekian.

Mapuh UMNO!


Artikel ini juga patut dibaca -

BLOGGERS PR TELAH MEMAINKAN PERANAN TERHEBAT.

-

Tuesday, April 7, 2009

3 Faktor Besar UMNO Kalah di Bukit Gantang & Bukit Selembau

Faktor yang paling besar ada 3, iaitu,

1) Rakyat kedua-dua Bukit menolak perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri ke-6, disebabkan beliau tidak 'bersih'.

2) Rakyat Bukit Gantang menolak perlantikan Menteri Besar Haram Jadah Zambry.

3) UMNO & BN sudah tidak relevan untuk menerajui Malaysia.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana memberi kemenangan ke atas Pakatan Rakyat.

Allahuakbar...

Jutaan terima kasih kepada semua warga petugas Pakatan Rakyat!

UMNO.... Bukit Lanjan macam mana? Ada beranikah?

Artikel ini juga patut dibaca -

UMNO & BN SUDAH TERPELANTING DARI LANSKAP POLITIK NEGARA
UMNO telah nampak Jalan keluar
UMNO scores a hatrick

-

Keputusan Rasmi PRK 059 Bukit Gantang - PAS Menang!

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin(PAS) - 21,860 undi
Ismail Saffian(UMNO) - 19,071 undi
Bebas - 62 undi

MAJORITI PAS MENANG - 2,789



Mapuh UMNO!

Artikel ini juga patut dibaca -

UMNO telah nampak Jalan keluar
PKR JUGA MENANG DI BUKIT SELAMBAU
Pakatan Rakyat Tawan Bukit Gantang

Laporan Terkini Keputusan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang - MUKTAMAD PAS Menang!

Keputusan Rasmi PRK 059 Bukit Gantang - PAS Menang!

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin(PAS) - 21,860 undi
Ismail Saffian(UMNO) - 19,071 undi
Bebas - 62 undi

MAJORITI PAS MENANG - 2,789


------------------------------------

Keputusan tidak rasmi di saat debaran menantikan keputusan rasmi

TERKINI! MUKTAMAD PAS menang!

CALON PAS, DATO' SERI HJ NIZAR JAMALUDDIN MEMENANGI KERUSI PARLIMEN BUKIT GANTANG DENGAN MAJORITI 3283. HANYA LIMA SALURAN SAHAJA BELUM DITERIMA KEPUTUSAN.

TAKBIR : ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR - Misbah

MAJORITI - 3283

____________________________________


PAS masih lagi menang,

PAS : 20929
BN : 17646
BEBAS : 60
ROSAK : 345
MAJORITI : 3283
JUMLAH SALURAN MENANG : 57
JUMLAH UPU MENANG : 16
- Misbah

____________________________________

PAS masih lagi menang,

PAS : 20021
BN : 17076
BEBAS : 56
ROSAK : 318
MAJORITI : 2945
JUMLAH SALURAN MENANG : 57
JUMLAH UPU MENANG : 16
- Misbah


____________________________________

PAS masih lagi menang dan meningkat,

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. - Malaysiakini


Majoriti - 3,022


____________________________________

PAS masih lagi menang

PAS : 18559
BN : 16010
BEBAS : 54
ROSAK : 296
MAJORITI : 2549
JUMLAH SALURAN MENANG : 51
JUMLAH UPU MENANG : 15
- Misbah

____________________________________

PAS masih lagi menang dan meningkat,

"8.17pm - Keputusan rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi." - Malaysiakini


Majoriti PAS menang 2,691 undi

____________________________________

PAS masih lagi menang,

"08.02 pm

PAS : 17427
BN :15001
BEBAS : 46
ROSAK : 256
MAJORITI : 2426
JUMLAH SALURAN MENANG : 48
JUMLAH UPU MENANG : 15
" - Misbah



____________________________________

Majoriti PAS menang,

"07.50 pm

PAS : 16316
BN :14061
BEBAS : 40
ROSAK : 231
MAJORITI : 2255
JUMLAH SALURAN MENANG : 44
JUMLAH UPU MENANG : 15"
- Misbah

____________________________________


Majoriti PAS menang, majoriti meningkat lagi dan lagi,

"07.37 pm

PAS : 14482
BN :11925
BEBAS : 32
ROSAK : 172
MAJORITI : 2557
JUMLAH SALURAN MENANG : 41
JUMLAH UPU MENANG : 13
" - Misbah

____________________________________

Majoriti PAS menang menurun sedikit,

"07.23 pm

PAS : 13327
BN :10936
BEBAS : 31
ROSAK : 151
MAJORITI : 2391
JUMLAH SALURAN MENANG : 39
JUMLAH UPU MENANG : 12"
- Misbah


____________________________________

Majoriti PAS menang menurun sedikit,

"PAS : 12458
BN :9987
BEBAS : 29
ROSAK : 132
MAJORITI : 2471
JUMLAH SALURAN MENANG : 35
JUMLAH UPU MENANG : 12"
- Misbah



____________________________________


Bukit Gantang sudah dalam genggaman,

07.15 pm
"PAS : 10897
BN :8321
BEBAS : 27
ROSAK : 120
MAJORITI : 2576
JUMLAH SALURAN MENANG : 34
JUMLAH UPU MENANG : 11"
- Misbah



____________________________________


Majoriti PAS menang menurun sedikit,

"PAS : 10361
BN : 8117
BEBAS : 27
ROSAK : 119
MAJORITI : 2244
JUMLAH SALURAN MENANG : 32
JUMLAH UPU MENANG : 11
" - Misbah

____________________________________

Majoriti PAS menang, majoriti meningkat lagi dan lagi,

"07.04 pm

PAS : 8932
BN :6584
BEBAS : 24
ROSAK : 92
MAJORITI : 2348
JUMLAH SALURAN MENANG : 27
JUMLAH UPU MENANG : 10
" - Misbah


_________________________________________

Majoriti PAS menang, meningkat lagi dan lagi,

"PAS : 8103
BN : 6011
BEBAS : 21
ROSAK : 71
MAJORITI : 2092
JUMLAH SALURAN MENANG : 23
JUMLAH UPU MENANG : 08"
- Misbah


____________________________________

"Keputusan terkini
6.53pm

PAS : 7294
BN : 4670
BEBAS : 17
ROSAK : 55
MAJORITI : 2624
JUMLAH SALURAN MENANG : 23
JUMLAH UPU MENANG : 08"
- Misbah


____________________________________

Majoriti PAS menang meningkat lagi,

"Keputusan terkini
6.53pm

PAS : 7294
BN : 4670
BEBAS : 17
ROSAK : 55
MAJORITI : 2624" - Misbah


____________________________________

Dari sumber lain,

"Jumlah
PAS : 15,361
BN : 11,999
Jumlah 27,360 (49.32%)" - Nik Hasan

Daerah Mengundi 01 : Kamunting Station
Kod : 059/13/01
Pengundi : 2906
M:86.35% C:02.27% I:11.18%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 669
BN : 723

Daerah Mengundi 02 : Ayer Puteh
Kod : 059/13/02
Pengundi : 730
M:72.19% C:09.86% I:17.81%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 194
BN : 155

Daerah Mengundi 03 : Simpang Halt
Kod : 059/13/03
Pengundi : 2539
M:47.74% C:33.83% I:18.27%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 744
BN : 507

Daerah Mengundi 04 : Jebong
Kod : 059/13/04
Pengundi : 1818
M:77.89% C:05.39% I:16.72%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 377
BN : 464

Daerah Mengundi 05 : Kuala Sapetang
Kod : 059/13/05
Pengundi : 3345
M:02.67% C:96.74% I:00.56%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 1151
BN : 366

Daerah Mengundi 06 : Kampong Menteri
Kod : 059/13/06
Pengundi : 1448
M:55.73% C:43.44% I:00.69%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 389
BN : 327

Daerah Mengundi 07 : Matang Gelugor
Kod : 059/13/07
Pengundi : 389
M:92.03% C:07.97% I:00.00%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 62
BN : 108

Daerah Mengundi 08 : Sungai Limau
Kod : 059/13/08
Pengundi : 460
M:77.83% C:21.74% I:00.43%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 87
BN : 131

Daerah Mengundi 09 : Jalan Mangala
Kod : 059/13/09
Pengundi : 1502
M:28.43% C:65.51% I:06.06%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 447
BN : 304

Daerah Mengundi 10 : Kampong Jaha
Kod : 059/13/10
Pengundi : 309
M:82.52% C:01.94% I:15.53%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 53
BN : 90

Daerah Mengundi 11 : Sungai Mati
Kod : 059/13/11
Pengundi : 761
M:46.33% C:19.16% I:34.51
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 182
BN : 163

Daerah Mengundi 12 : Bendang Siam
Kod : 059/13/12
Pengundi : 1285
M:98.37% C:00.78% I:00.62%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 477
BN : 260

Daerah Mengundi 13 : Changkat Ibol
Kod : 059/13/13
Pengundi : 2175
M:99.26% C:00.32% I:00.32%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 1085
BN : 293

Daerah Mengundi 14 : Pengkalan Aor
Kod : 059/14/01
Pengundi : 3272
M:49.89% C:33.84% I:15.69%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 915
BN : 631

Daerah Mengundi 15 : Simpang Lama
Kod : 059/14/02
Pengundi : 2123
M:44.61% C:42.21% I:13.04%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 611
BN : 354

Daerah Mengundi 16 : Simpang Baru
Kod : 059/14/03
Pengundi : 1263
M:01.66% C:95.41% I:02.85%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 444
BN : 175

Daerah Mengundi 17 : Jalan Simpang
Kod : 059/14/04
Pengundi : 2935
M:48.14% C:32.44% I:19.15%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 908
BN : 590

Daerah Mengundi 18 : Kawasan JKR
Kod : 059/14/05
Pengundi : 3218
M:42.71% C:38.53% I:18.46%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 870
BN : 611

Daerah Mengundi 19 : Larut Tin
Kod : 059/14/06
Pengundi : 2896
M:58.82% C:24.02% I:16.67%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 708
BN : 695

Daerah Mengundi 20 : Ayer Kuning
Kod : 059/14/07
Pengundi : 2584
M:86.96% C:04.37% I:0848%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 564
BN : 785

Daerah Mengundi 21 : Changkat Jering
Kod : 059/14/08
Pengundi : 2387
M:90.18% C:08.43% I:01.14%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 623
BN : 551

Daerah Mengundi 22 : Jelutong
Kod : 059/14/09
Pengundi : 959
M:97.71% C:01.56% I:0063%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 263
BN : 255

Daerah Mengundi 23 : Bukit Gantang
Kod : 059/14/10
Pengundi : 1801
M:98.56% C:01.44% I:00.00%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 533
BN : 459

Daerah Mengundi 24 : Kampong Cheh
Kod : 059/14/11
Pengundi : 1377
M:99.85% C:00.07% I:00.00%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 482
BN : 279

Daerah Mengundi 25 : Kuala Trong
Kod : 059/15/01
Pengundi : 724
M:78.73% C:19.06% I:02.21%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 194
BN : 92

Daerah Mengundi 26 : Pasir Hitam Trong
Kod : 059/15/02
Pengundi : 323
M:01.24% C:98.45% I:00.31%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 65
BN : 72

Daerah Mengundi 27 : Kampong Tebok Trong
Kod : 059/15/03
Pengundi : 549
M:% C:% I:%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 176
BN : 129

Daerah Mengundi 28 : Trong
Kod : 059/15/04
Pengundi : 576
M:52.08% C:06.25% I:41.49%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 173
BN : 132

Daerah Mengundi 29 : Trong Barat
Kod : 059/15/05
Pengundi : 905
M:48.87% C:30.25% I:20.56%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 228
BN : 191

Daerah Mengundi 30 : Bukit Gantang Selatan
Kod : 059/15/06
Pengundi : 918
M:72.44% C:02.51% I:24.95%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 186
BN : 258

Daerah Mengundi 31 : Ayer Terjun
Kod : 059/15/07
Pengundi : 510
M:58.24% C:32.16% I:09.41%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 132
BN : 74

Daerah Mengundi 32 : Temelok
Kod : 059/15/08
Pengundi : 1321
M:51.48% C:36.94% I:11.36%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 252
BN : 338

Daerah Mengundi 33 : Sungai Che Rahmat
Kod : 059/15/09
Pengundi : 306
M:94.12% C:05.88% I:00.00%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 92
BN : 72

Daerah Mengundi 34 : Permatang Raja
Kod : 059/15/10
Pengundi : 1000
M:99.97% C:00.02% I:00.01%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 191
BN : 350

Daerah Mengundi 35 : Sungai Tinggi
Kod : 059/15/11
Pengundi : 1847
M:76.02% C:23.23% I:00.54%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 443
BN : 531

Daerah Mengundi 36 : Padang Gajah
Kod : 059/15/12
Pengundi : 905
M:69.35% C:12.54% I:17.51%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 137
BN : 293

Daerah Mengundi 37 : Batu Hampar
Kod : 059/15/13
Pengundi : 663
M:89.74% C:04.83% I:05.43%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 185
BN : 143

Daerah Mengundi 38 : Sungai Rotan
Kod : 059/15/14
Pengundi : 308
M:28.95% C:55.84% I:14.61%
Kedudukan Semasa 2.30pm
PAS : 69
BN : 48

Undi POS : (tiada maklumat)"





____________________________________


Majoriti PAS menang menurun,

"Keputusan terkini
6.37 pm

PAS : 4373
BN : 2852
BEBAS : 09
ROSAK : 36
MAJORITI : 1521" - Misbah



____________________________________

Majoriti PAS menang meningkat,

"Keputusan terkini
6.30 pm

PAS : 3484
BN : 1791
BEBAS : 04
ROSAK : 15
MAJORITI : 1693" - Misbah


_____________________________________

PAS Menang di Bukit Gantang,

"Keputusan terkini
6.25 pm

PAS : 1287
BN : 1163
BEBAS : 04
ROSAK : 15
MAJORITI : 124" - Misbah


_________________________________________

Laporan dari Bukit Gantang,

"Keputusan diterima secara tidak rasmi :

1. UPU Kg Jaha
BN : 152
PAS : 98
BEBAS : 0
Rosak : 2
Undi PAS meningkat 28 undi
BN meningkat 12 Undi.

Keputusan : BN menang

2. UPU Sg. Rotan
PAS : 102
BN : 76
BEBAS : 0
PAS meningkat 15
BN meningkat 1

Keputusan : PAS Menang" - Misbah



______________________________________________

Laporan dari Batang Ai,

"5.25 pm.

Keputusan tidak rasmi DUN Batang Ai Sarawak. Setelah hanya tingga 6 peti undi yang belum dikira, BN masih mendahului Pakatan Rakyat tetapi jumlah undi semakin berkurang kepada hanya 210 undi sahaja.

5.15 pm

Dewan Undangan Negeri Batang Air - Setelah 9 dari 26 peti undi selesai di kira, keputusan tidak rasmi ialah Barisan Nasional mendahului calon Pakatan Rakyat PKR dengan hanya 377 undi. Pengundian berakhir jam 3.00 ptg bagi pilihanraya kecil Kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Air, Sarawak." - Hussam Musa


______________________________________________

p/s Akan diupdate dari masa ke semasa

Lintas Langsung Dari Bukit Gantang - Pengundian Ditutup

Laporan dari Batang Ai,

"5.25 pm.

Keputusan tidak rasmi DUN Batang Ai Sarawak. Setelah hanya tingga 6 peti undi yang belum dikira, BN masih mendahului Pakatan Rakyat tetapi jumlah undi semakin berkurang kepada hanya 210 undi sahaja.

5.15 pm

Dewan Undangan Negeri Batang Air - Setelah 9 dari 26 peti undi selesai di kira, keputusan tidak rasmi ialah Barisan Nasional mendahului calon Pakatan Rakyat PKR dengan hanya 377 undi. Pengundian berakhir jam 3.00 ptg bagi pilihanraya kecil Kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Air, Sarawak." - Hussam Musa

________________________________________

Peti undi telah ditutup pada jam 5.00 petang

"Dijangka seawalnya jam 7 malam, mungkin gambaran keputusan sebenar dapat diketahui oleh penyokong PAS.

Persiapan yang rapi dari Lajnah IT PAS Pusat dengan memasaang 3 skrin utama untuk menampung jumlah kehadiran pengunjung telah dilakukan sejak seawal tadi.

Setelah itu jika keputusan memihak kepada PAS, kita akan berarak ke dewan Majlis Perbandaran Taiping,iaitu tempat penamaan calon untuk mendapatkan pengumuman rasmi dari SPR." - Idham Lim


_________________________________________

Sila ikuti laporan lintas langsung daripada bloggers

1) al-Banjari
2) Idham Lim

Kepada bloggers yang membuat liputan secara langsung dari Bukit Gantang, sila masukkan url anda ke bahagian komentar. Harap maklum.

Saya tidak dapat membuat lintas langsung kerana tiada kamera dan telefon bimbit yang canggih untuk meng'upload' gambar dan teks di mana-mana sahaja. Sekarang, bersedia untuk melawat ke semua peti undi yang ada di Bukit Gantang.

InsyAllah, malam ini akan ada sedikit ulasan, mungkin.

Sekian.
__________________________________

Laporan ini saya ambil daripada Malaysiakini,


5.00pm Proses pengundian dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai ditutup tepat jam 5 petang ini.

Bagaimanapun beberapa pusat pengundian di Batang Ai ditutup lebih awal kerana jumlah pengundinya tidak ramai.

Sehingga jam 4 petang tadi, jumlah pengundian di DUN Bukit Selambau ialah 67 peratus.

4.50pm Calon bebas, Venason membuat laporan polis keduanya di balai polis Kuala Muda, terhadap pegawai SPR yang didakwanya tidak mahu bekerjasama dan bersikap biadap terhadapnya apabila beliau membuat aduan berhubung pemasangan label yang salah pada kotak undi.

Manakala seorang pemimpin AMK, Rozan Azen membuat lapora polis berhubung isu pengundi hantu di balai polis yang sama.

4.30pm Timbalan Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN mendapat sambutan cukup baik daripada pengundi Cina di Simpang dan Kuala Sepetang dalam parlimen Bukit Gantang.

Sambil mengucapkan terima kepada mereka, beliau menambah, BN dapat menembusi kawasan hitam di Changkat Ibol.

4.15pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan berlaku kekecohan di SJKC Chung Hwa di DUN Bukit Selambau, kira-kira setengah jam lalu apabila Karpal Singh dan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak - yang melewati sekolah tersebut - dibaling dengan botol air oleh oleh penyokong MIC.

Orang ramai yang lalu di situ juga terkena botol yang dibaling itu dan menimbulkan kemarahan mereka.


3.40pm SPR mengumumkan, jumlah keluar mengundi di DUN Bukit Selambau meningkat kepada 61 peratus setakat jam 3 petang.

Jumlah ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang penutupan pusat-pusat pengundian pada jam 5 petang nanti.

bukit gantang election day tear gas fired into crowd at pengkalan jering changkat jering 0704093.25pm Penulis blog Anil Netto memuatkan klip video yang menunjukkan kumpulan penyokong PAS mengalami keperitan sewaktu terkena gas pemedih mata yang dilepaskan di luar pusat mengundi SMK Pengkalan Aur di Bukit Gantang pagi tadi.



3.20pm Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis terhadap seorang ketua tempat mengundi di SM Sains Sultan Muhammad Jiwa yang didakwa enggan menandatangani borang bantahan ejen tempat mengundi calon PKR di DUN Bukit Selambau.

Laporan polis itu akan dibuat oleh ketua AMK Batu, Rozan Azen.

3.05pm Dua penyokong BN ditegur oleh anggota polis apabila mereka menunjukkan isyarat lucah terhadap penyokong PAS di luar SK Panglima Bukit Gantang di parlimen Bukit Gantang.

3.00pm Sehingga jam 2 petang ini, seramai 55 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

2.40pm Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 58.11 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

2.00pm Sebahagian besar pusat mengundi di Batang Ai telah ditutup, dan jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi.

Contohnya, di tiga daerah yang ramai pengundi - Sebangki, Mepi dan Batu Kaya - mereka keluar mengundi sejak awal pagi tadi dan dua jam sebelum pusat itu ditutup, jumlahnya mencecah lebih 70 peratus.

Ia dipercayai berkaitan dengan minat pengundi terhadap beberapa faktor termasuk pentingnya pilihanraya kecil DUN Batang Ai kepada PKR dan BN di Sarawak serta banyak isu-isu tempatan termasuk isu tanah adat.

Pemimpin PKR dan BN masing-masing menyuarakan keyakinan untuk menang.

1.50pm Laman web Mafrel mendakwa pemerhatinya, di sebuah sekolah, ternampak seorang wanita menukar pakaian untuk masuk semula membuang undi beberapa kali ke pusat tersebut.

Baca laporan lanjut.

1.45pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan, sebuah bas yang disyaki pembawa pengundi hantu menimbulkan suasana kecoh di luar SK Panglima Bukit Gantang kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Polis sedang mengawal keadaan di pusat pembuangan undi itu bagi parlimen Bukit Gantang. Hujan mula berhenti di banyak tempat dan jalan di sekitar Simpang mulai lengang.

Sementara itu, SPR menyatakan, kira-kira 50 peratus pengundi di Bukit Selambau telah memangkah calon masing-masing sehingga 1 tengah hari tadi.

1.17pm ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila bekas wakil rakyat PKR itu tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.

Bekas exco kerajaan Perak yang kini ADUN bebas bawah parlimen Bukit Gantang memberitahu Malaysiakini, bagaimanapun penyokong PKR hanya diam sahaja.

Beliau keluar dari tempat pengundian kira-kira jam 12. Tiada kekasaran fizikal dilakukan terhadapnya.

1.02pm Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang.

Hujan yang mulai turun dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

12.40pm Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata dilepaskan di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini, setakat ini.

Bagaimanapun, blogger Anil Netto menyiarkan rakaman video mengenai kejadian tersebut.

Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata beliau tidak mendapat maklumat itu dan akan menyemak perkembangan tersebut.

Tambahnya, semua pusat pembuangan undi berjalan lancar kecuali kesesakan lalulintas di banyak kawasan.

12.08pm Walaupun tiada sebarang kekecohan di SMK Aman Jaya di di Bukit Selambau, kira-kira 30 anggota polis termasuk 10 anggota unit pencegah rusuhan mengawal keadaan.

Sementara di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur dalam parlimen Bukit Gantang, lebih 35 peratus telah memilih calon masing-masing. Seramai 2,305 pemilih berdaftar di situ.

12.05pm Di DUN Bukit Selambau: Cif Inspektor Mohammad Shofee Tayib dari ibu pejabat polis daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa sebuah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" telah ditahan oleh penyokong pembangkang di Gurun, kira-kira 20 km dari Sungai Petani.

Katanya, bas tersebut ditahan pada kira-kira jam 10 pagi dan kini berada di balai polis Gurun. Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis tidak pasti sama ada penumpang bas itu penyokong atau pengundi.

Pihak polis sedang menyemak status mereka dengan senarai pengundi.

11.50am Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 40 peratus telah keluar mengundi di Bukit Selambau dan angka itu dijangka mencecah 50 peratus pada jam 1 tengahari.

11.46am Batang Ai Penulis blog Lina Soo melaporkan SPR memutuskan untuk membawa 14 daripada 26 peti undi melalui udara dan sungai ke pusat penjumlahan undi.

Ejen tempat mengundi calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan mengawasi peti-peti undi ini sewaktu ia diangkut.

Pemantau pilihanraya Mafrel berkata tindakan ini boleh membuka peluang berlakunya penyelewengan, sama ada peti undi hilang atau ditukarkan.

11.45am Cuaca di DUN Batang Ai terang. Di pusat pembuangan undi Mepi, dekat kawasan penempatan semula di empangan Batang Ai, kira-kira 290 daripada 437 pengundi (66 peratus) telah membuang undi jam 11 pagi.

Pusat ini akan ditutup jam 2 petang.

11.42am Menurut perangkaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10 pagi tadi, 17.7 peratus atau 9,849 pengundi di Bukit Gantang telah keluar membuat pilihan.

Sementara 21.92 peratus (7,700) pengundi DUN Bukit Selambau dan 32.41 peratus (2,581 orang) di DUN Batang Ai telah membuang undi.

Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian. Tiada maklumat terbaru di dua kawasan pilihanraya lain.

bukit gantang election polling day trong 070409 0311.38am Masih ramai pengundi muda di DUN Bukit Selambau belum keluar membuang undi. Setakat ini, hanya 20 peratus berbuat demikian setakat jam 11 pagi, kata seorang ADUN PKR Sim Tze Tzin.

Wakil rakyat Pantai Jerejak, yang kini berada di kawasan pilihanraya tersebut, berkata PKR akan cuba mengajak lebih ramai pengundi muda - dipercayai cenderung menyokong parti itu - sewaktu makan tengah hari ini.

11.20am Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata jumlah pengundi yang keluar mengundi di pusat pengundian SJKC Simpang di Bukit Gantang mencecahkan 50 peratus selepas dua jam setengah pengundian berjalan.

Di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau, 32 peratus daripada 5,122 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

11.00am Penyokong BN dan PAS hampir bergaduh jika anggota polis pencegah rusuhan FRU lambat bertindak di luar SK Ayer Putih di Bukit Gantang.

Penyokong BN didakwa menggoncangkan dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin melawat pusat pembuangan undi tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi sehingga menghalangnya turun di situ.

Rasa tidak puas hati penyokong PAS mendorong mereka marah pada penyokong BN sehingga mencetuskan suasana tegang.

bukit selambau election day 070409 02Beberapa puluh anggota FRU berjaya menyelamatkan keadaan dengan memisahkan dua kumpulan penyokong parti-parti tersebut.

10.22am Penyokong BN dan PKR bertengkar di luar SJK (Tamil) Palanisamy Kumaran di DUN Bukit Selambau.

Menurut pemantau pilihanraya Mafrel, mereka tidak puas hati kerana lokasi khemah BN terletak di atas jalan tar manakala kemah PKR diletakkan di jalan yang kotor.

Beberapa anggota PKR masuk ke kemah BN dan bertengkar dengan anggota BN di situ. Polis cuba meleraikan mereka dan mengawasi keadaan.

10.18am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel melaporkan, tiada garisan kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menandakan kawasan larangan 50 meter di luar SMK Aman Jaya, dalam DUN Bukit Selambau.

nazar at voting center bukit gantang 07040910.15am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan SK Changkat Jering di Bukit Gantang bersama beberapa penyokong untuk merayu undi dan bertemu petugas di tempat-tempat pembuangan undi yang lain.

Penyokongnya melaungkan "Hidup Nizar, Hancur Umno", sementara penyokong BN menjerit "penderhaka" sewaktu bekas menteri besar itu berjalan ke keretanya.

Menyifatkan peluangnya "cerah", Mohammad Nizar memberitahu Malaysiakini, "alhamdulillah, ada harapan besar."

10.01am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di SK Changkat Jering di Bukit Gantang untuk merayu undi dan bertemu petugas parti. Beliau disambut dengan jeritan "boo" daripada penyokong BN.

10.01am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel mendakwa kertas undi yang besar dalam DUN Bukit Selambau melambatkan proses membuang undi di SK Sungai Lalang (foto bawah, kanan).

bukit selambau by election 060409 ballot paperKertas itu dibuat bagi menampung kesemua 15 calon - termasuk 13 bebas - di kawasan pilihanraya kecil itu yang mencipta rekod calon teramai dalam sejarah Malaysia.

9.48am Kumpulan penyokong PAS di luar SK Changkat Jering, Bukit Gantang "Altantuya, Mongolia", penyokong BN diam.

Pondok PAS kedua-dua parti menarik jumlah pengundi yang sama besar.

9.35am Seorang penyokong PAS - yang memakai topeng mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu - dikejar polis dekat SK Changkat Jering, Bukit Gantang. Lelaki itu melarikan diri dan gagal ditahan polis.

Kira-kira 300 penyokong PAS dan 100 BN saling jerit-menjerit melaungkan slogan. Kumpulan PAS melaungkan "Hancur BN, Hancur", manakala BN pula "PAS munafik."

ismail saffian voting bukit gantang 0704099.22am Cuaca di DUN Bukit Selambau baik, sementara di parlimen Bukit Gantang, mulai terang selepas hujan sebentar pagi ini.

9.15am Calon BN Ismail Saffian di Bukit Gantang menyifatkan pertandingan hari ini dengan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin " persaingan sengit" tetapi yakin akan dapat mengalahkan bekas menteri besar itu dengan majoriti tipis.

Kemenangannya, kata Ismail, satu tanda sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dilantik perdana menteri 3 April lalu.

Sementara para penyokong kedua-dua pihak terus melaungkan sokongan kepada calon dan parti masing-masing bagi merayu pengundi di saat-saat akhir.

9.05am Calon parlimen BN Ismail Saffian selesai membuang undi SK Datuk Panglima Gantang. Beliau disambut laungan "Hidup BN" sewaktu tiba di pusat pembuangan undi itu jam 8.55am.

voting BN in changkat jering 0704098.18am Calon PKR, S Manikumar membuang undi di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau. Beliau tiba di pusat pengundian pada jam 8.05 pagi.

Dengan menyifatkan pengundian itu "hari bersejarah", Manikumar yakin menang dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Kelihatan kira-kira 100 beratur untuk mengundi di sekolah yang sama.

8.15am Pusat pengundian bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibuka serentak jam 8 pagi ini.

Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertembungan 15 calon - 13 calon bebas dengan calon BN, Datuk S Ganesan dan S Manikumar dari PKR.

voting in changkat jering 070409Di Bukit Gantang, pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Batang Ai pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon-calon BN Malcom Mussen Lamoh dan PKR Jawah Gerang.

Seramai 55,562 pemilih layak mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau (35,140 pengundi) dan Batang Ai (8,009 pengundi).

Pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan merupakan pengundi Melayu, diikuti India dan Cina.

Kebanyakan pusat pengundian dijadual ditutup jam 5 petang, dan keputusan pilihanraya dijangka diketahui seawal jam 9 malam.


__________________________________

Dipetik daripada Harakah Daily

TerkiniBUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) - Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Keadaan cuaca di Bukit Gantang adalah baik.


1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.

10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan.

Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian. - mks._




_____________________________________________________

Foto yang saya ambil,

Foto yang saya ambil dengan menggunakan telefon yang tidak canggih sekitar kejadian, apalah sangat diharapkan dengan 2 MP..


"10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan."

Foto di bawah berkenaan akan hal tersebut, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin berunding dengan pihak SPR dan menenangkan para petugas, akhirnya keadaan kembali tenang.

















Artikel ini juga patut dibaca -

Bukit Gantang: Ancaman hari mengundi
SELAMAT MENGUNDI SEMUA!!!!
Keluar mengundi 90%, UMNO akan menang di Bukit Gantang!

-

Monday, April 6, 2009

Malam Ini, Seluruh Kelantan Bermunajat Untuk Bukit Gantang

Rakyat seluruh Kelantan, malam ini akan bermunajat kepada Allah swt untuk memenangkan PAS di Bukit Gantang.

Wakil Dewan Ulama' PAS Kelantan, melaporkan Ulama telah mengeluarkan arahan kepada semua kawasan-kawasan di Kelantan untuk bermunajat pada malam ini, memohon supaya Allah membantu dan memenangkan PAS di Bukit Gantang.

Ia dimulakan dengan berpuasa pada hari ini dan seterusnya munajat pada malam ini, insyAllah 14 kawasan di Kelantan akan membuat munajat secara besar-besaran di kawasan masing-masing.

Dewan Ulama PAS Kelantan membuat satu tindakan yang amat-amat bijak di kala pecutan akhir ini. Rakyat Kelantan berusaha untuk memberi bantuan, walaupun tidak dapat bersama-sama dengan jentera pilihan raya di Bukit Gantang ini.

"Kepada Mu ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan, bantulah kami untuk menang di Bukit Gantang, menangkanlah PAS ya Allah.."

Artikel ini juga patut dibaca -

Pecutan Terakhir Di Bukit Gantang



-

Dikir Barat Khas Untuk Bukit Gantang - Selamat Mengundi!

Dikir ini, khas untuk Pilihan Raya Bukit Gantang, ia dipasang dan diperdengarkan ke serata bumi Bukit Gantang, ada dua buah lagu, sila download dan dengarkan,

1) Dikir 1 - Wahai Rakyat Bukit Gantang (Nizar calon yang disayangi)
2) Dikir 2 - Mari Mengundi

"Save target as.." untuk download.

Format, .wma

Dikir yang cukup mengasyikan dan membawa pengundi sedar akan siapa sepatutnya mereka undi pada esok hari.

Artikel ini juga patut dibaca -

Nizar seperti Bendahara Tun Perak moden : Anwar

-
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin